Minggu, 17 Mei 2015

Ketahui Penyakit dan Diagnosa Keluhan melalui jari tangan

Analisis telapak tangan “The Sign of Hand” telah lama digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang lalu. Itulah sebabnya analisis telapak tangan merupakan salah satu bentuk analisis yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh seorang Herbalis ketika hendak merawat penyakit .

Tangan merupakan bagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia. Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di antara bagian-bagian tangan yang boleh menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia adalah telapak tangan bagian atas, semua jari (mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bagian atas dan kuku.
Empat jari yang ada hubungan dengan organ dalaman tubuh :
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Berikut ini kaitan antara jari dan telapak tangan dengan kesehatan anda :

1. Masalah Kolon (Sembelit)
Penyakit bersumber dari masalah usus besar (kolon) dan sembelit merupakan masalah yang paling utama. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah sembelit dan permasalahan kolon adalah sebagai berikut :
  •  Garis-garis ruas jari-jari pada telapak tangan berwarna gelap, semakin gelap warnanya menunjukkan semakin teruk permasalahan sembelitnya. 
  •  Garis-garis yang ada pada telapak tangan dan ruas seluruh jari berwarna gelap, semakin gelap warnanya bermakna semakin teruk masalah sembelitnya. 
  •  Terdapat bayangan kehitaman secara keseluruhan dari telapak tangan, menandakan lebih kronik dari garis-garis berwarna gelap di ruas jari-jari. 
  •  Apabila jari telunjuk dan jari tengah direntangkan terasa sakit, ini menunjukkan adanya masalah sembelit. 
  •  Permasalahan usus besar lainnya dapat dilihat pada keadaan ibu jari yang bengkok. 
  •  Jari telunjuk bengkok menandakan adanya permasalahan pada usus besar.
Keadaan sembelit yang serius boleh dirawat dengan mesin kolon hydrotherapy, dimana najis-najis yang melekat di usus/kolon akan dikeluarkan dengan bantuan mesin dan biasanya najis berwarna kehitaman.

Sembelit adalah satu penyakit, namun wujudnya kesan daripada penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

2. Masalah Angin
Masalah angin tak dapat dipisahkan dengan masalah sembelit. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah angin adalah terdapat bintik-bintik putih di telapak tangan berwarna kemerah-merahan. Ada dua kemungkinan, jika telapak tangan berwarna merah maka bintik-bintik berwarna putih dan sebaliknya jika telapak tangan berwarna putih maka bintik-bintik berwarna merah. Hal ini diakibatkan oleh gas yang berlebihan di dalam tubuh.

Kesan masalah angin kepada pesakit adalah rasa cepat marah dan beremosi, darah keluar lebih kental bila dibekam, suara tinggi dan pandangan tajam. Masalah angin ini ada hubung kait dengan masalah kolesterol.

3. Masalah Stress
Fikiran menguasai 50% kesihatan manusia. Dalam keadaan tertekan (stress) yang berterusan tubuh akan mengeluarkan hormon steroid yang dapat melemahkan sistem imuniti. Tanda-tanda di tangan pesakit stress adalah terdapat urat-urat biru/hijau di pergelangan tangan, telapak tangan dan disepanjang jari-jari serta sangat terlihat jelas di betis kaki.

Stress menyebabkan pesakit terlalu sedih, cepat marah atau beremosi, tidak nyenyak tidur dan terasa migrain. Masalah stress ini ada hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C.

4. Masalah Jantung
Masalah jantung berbeza dengan penyakit jantung. Masalah jantung maksudnya adalah terdapat gangguan–gangguan pada organ jantung. Berlakunya arteriklorosis (penyumbatan arteri) adalah disebabkan terjadinya keadaan stress yang berpanjangan. Tanda-tanda di tangan pasien yang mengalami gangguan jantung adalah sebagai berikut :
  •  Jari kelingking yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung. 
  •  Jari Tengah yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung. 
  •  Tapak tangan berpeluh atau lembab (tanpa sebarang aktiviti) menandakan seseorang mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
Kesan dari masalah jantung adalah dada kiri terasa sakit, kebas pada jari-jari, rasa nyeri seperti di tusuk, mudah terperanjat, berdebar-debar, sukar tidur. Masalah ini ada hubungannya dengan masalah kolesterol atau tingginya kadar LDL (Low Density Lipoprotein) dalam tubuh.

5. Masalah Kolesterol
Masalah kolesterol sangat berkait rapat dengan masalah jantung dan kardiovaskular. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan kolesterol ini adalah sebagai berikut :
  •  Ruas hujung jari-jari berwarna lebih merah atau lebih gelap dari ruas jari di bawahnya. semakin gelap warnanya menandakan kadar kolesterol di tubuh makin tinggi. 
  •  Telapak tangan berwarna merah, kelihatan bengkak dan terdapat urat berwarna biru.
Masalah kolesterol mengakibatkan pesakit mengalami masalah emosi atau cepat marah. Masalah kolesterol berkait rapat dengan masalah sembelit, masalah angin.

6. Masalah Alergi
Masalah Alergi atau Sinusitis hampir menimpa kebanyakan penduduk Asia. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan masalah paru-paru (pernafasan) atau asma. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ini adalah terdapat urat-urat berwarna biru/kehijau-hijauan pada telapak tangan di bahagian bawah ibu jari. Ibu Jari bahagian atas kempot, juga menandakan berlakunya masalah sinusitis.

Masalah Alergi menyebabkan bersin-bersin terutama di waktu pagi, rambut gugur, mata gatal-gatal, kaki kebas, cepat lelah, asma. Jika kondisi ini berkepanjangan maka akan menimbulkan masalah keputihan bagi perempuan, atau buasir bagi lelaki.

7. Masalah ketidakseimbangan Hormon
Masalah ketidakseimbangan hormon atau inbalance hormon dapat menyebabkan berlakunya masalah berkurangnya keinginan seks (tapi bukan impotensi), masalah di rahim/peranakan. Masalah ini biasanya berlanjut pada masalah Tiroid, Ovarium, Prostat, Uterus, Fibroid, Endrometris dan kanser rahim.

Tanda-tanda di tangan yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon adalah :
  •  Telapak tangan berwarna pucat merah, terdapat urat berwarna biru dan terlihat sangat jelas. 
  •  Telapak tangan licin, kesat dan kulit telapak tangan kering. 
  •  Terdapat bulan sabit terbalik hanya di kuku ibu jari menandakan hormon dalam keadaan balance. Sebaliknya apabila bulan sabit terbalik tersebut ada disemua kuku atau ada di kuku-kuku lain selain ibu jari, maka menandakan terdapat masalah inbalance hormon. 
  •  Jari Kelingking kempot menandakan berkurangnya kemampuan seks. 
  •  Ibu jari bengkok menandakan masalah kesuburan yang rendah.
Akibat dari masalah in balance hormon adalah berkurangnya keinginan seks, perasaan rendah diri, kemurungan yang mendalam bahkan depresi.

8. Masalah Wanita (Rahim dan Uterus)
Masalah wanita yang banyak dialami adalah masalah rahim jatuh atau prolapsus, keputihan, senggugut, fibroid, endrometrosis. Masalah wanita ini apabila berpanjangan akan menyebabkan terjadinya kanser rahim. Beberapa keadaan yang menyebabkan seorang wanita mudah diserang kanser :

(a) Datang darah haid pada usia dibawah 10 tahun.
(b) Berhenti darah haid pada usia di atas 50 tahun.
(c) Tidak melahirkan anak.
(d) Melahirkan anak pada usia 35 tahun terutama anak sulung.
(e) Tidak menyusui anak.
(f) Pernah menderita tumor.
(g) Memiliki sejarah keturunan pesakit kanser.
(h) Pengguna Pil Kesuburan (Hormon).

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan wanita ini adalah :
  • Jari kelingking meruncing/menirus menandakan masalah rahim/peranakan. 
  •  Jari Kelingking bengkok bahagian atasnya saja menandakan rahim jatuh (prolapsus), jika berterusan akan mengarah pada permasalahan tumor. 

9. Masalah Buah Pinggang
Masalah buah pinggang yang banyak dialami adalah masalah kebas-kebas di pinggang, kencing tidak lawas, menahan kencing, batu karang, kencing tak keluar (edena), kencing darah dan sebagainya. Masalah Ginjal ada kaitannya dengan masalah hati dan jantung. Perlu diketahui bahawa kerosakan ginjal tidak melebihi 25% belum memberikan kesan sakit pada pesakit. Apabila seorang ayah atau ibu telah mengalami masalah ginjal, maka berdasarkan penelitian di Malaysia sekitar 60% anak yang dilahirkan akan mewarisi masalah ginjal tersebut.

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ginjal ini adalah :
  • Ruas pertama dari seluruh jari –jari terlihat buncit/bengkak air. 
  •  Ruas pertama jari telunjuk berkerut-kerut, menandakan kurang air atau sering menahan air kencing, biasanya juga terlihat kelopak mata berwarna hitam. 
  •  Terasa sakit di tiga jari yaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. 
  •  Ujung-ujung jari relatif tidak meruncing menandakan seseorang mengalami masalah ginjal, untuk wanita biasanya letak rahim tidak pada tempatnya. 
  •  Mata kaki bengkak atau mata bergelambir menandakan ada masalah ginjal dan jantung. 
  •  Ruas hujung jari-jari bengkok ke dalam menandakan adanya masalah batu karang/ginjal dan gout.

 
10. Masalah Daya Tahan Tubuh (System Imunity)
Dari keseluruhan tanda-tanda yang dijelaskan diatas, adalah baru sebatas dugaan adanya permasalahan pada organ yang bersangkutan. Permasalahan tersebut akan betul-betul wujud pada pesakit apabila system imunity tubuhnya dalam keadaan menurun/rendah. Tanda-tanda sistem imuniti rendah adalah :
  •  Hujung jari manis kelihatan bengkok menandakan menurunnya sistem imunity. Selain itu juga terdapat masalah pada usus kecil dan masalah pencernaan. Ini ada kaitanya juga dengan masalah hempedu dan ulu hati. 
  •  Telapak tangan berwarna hitam legam menandakan keadaan daya tahan tubuh lemah dan buruk. 
  •  Telapak tangan cekung atau berlopak (cukup dalam) menandakan sistem imuniti yang rendah, juga menandakan adanya ganguan pada saraf dalaman. Jika diiringi rasa sakit di belikat, maka pada wanita ada kaitannya dengan rahim/peranakan. Jika lelaki ada kaitannya dengan tenaga batin.Contoh kes keadaan pesakit yang melibatkan keadaan telapak tangan cekung : 
  •  Pada pesakit yang berusia lebih dari 40 tahun, jika memiliki telapak tangan yang cekung, ruas jari pertama buncit, adanya sembelit, warna telapak tangan kemerahan dan lembab, maka dapat dipastikan pesakit tersebut telah mengidap kencing manis (diabetes). 
  •  Pada pesakit wanita dewasa, yang memiliki telapak tangan yang cekung dan juga mengalami gangguan pada hormon tiroid, telapak tangan pucat/kebiru-biruan, masalah angin yang kronik, masalah alergi maka dapat dipastikan pesakit ini telah mengidap penyakit keputihan, fibroid dan endrometriosis. 
  •  Hujung jari tengah bengkok, terdapat bintik­-bintik putih, telapak tangan licin, gemuk dan berpeluh, menandakan seseorang mengidap stroke.
 
11. Masalah-masalah Lainnya
Selain tanda-tanda seperti yang diuraikan di atas, masih terdapat tanda-tanda lain yang boleh di lihat di jari dan telapak tangan, diantaranya adalah :
  •  Apabila kuku bergelombang, bergaris-garis dan telapak tangan keras serta terdapat benjolan, ini menandakan keracunan/toksid heavy metal (logam berat). 
  •  Bawah mata dan telapak tangan kelihatan pucat, banyak bintik-bintik putih dan urat berwarna biru tersebar merata menandakan seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah atau anemia. Kondisi ini juga dapat dilihat jika kuku ditekan beberapa saat sampai berwarna putih dan perlu waktu yang lama untuk kembali kekeadaan normal. 
  •  Adanya garisan di tepi perut ibu jari, terlihat berwarna biru/hijau, ini menandakan adanya masalah tiroid atau masalah gastrik (angin dalam usus). Simptomnya adalah jika letih, lapar dan terasa sakit di ulu hati. 
  •  Tanda kadar gula yang tinggi dapat dilihat di tapak jari-jari di bawah kuku, semakin gelap warnanya maka semakin tinggi kadar gulanya. 
  •  Kuku berwarna agak kemerah-merahan (pink) menunjukan seseorang mudah bingung. 
  •  Kuku bergelombang menunjukan kelainan (gangguan) pada hati. 
  •  Kuku bergaris menunjukkan kelainan atau gangguan pada ginjal.

Contoh kasus berlakunya keadaan penyakit yang melibatkan keadaan telapak tangan cekung
  • Pada pasien yang berusia lebih dari 40 tahun, jika memiliki telapak tangan yang cekung, ruas jari pertama buncit, adanya sembelit, warna telapak tangan kemerahan dan lembab, maka dapat dipastikan pasien tersebut telah mengidap kencing manis (diabetes).
  • Pada pasien wanita dewasa, yang memiliki telapak tangan yang cekung, dan juga mengalami gangguan pada hormon tiroid, telapak tangan kepucat-pucatan/kebiru-biruan, masalah angin yang kronik, masalah alergi maka dapat dipastikan pasien ini telah mengidap penyakit keputihan, fibroid dan endrometriosis.
  • Ujung jari tengah bengkok, terdapat bintik­-bintik putih, telapak tangan licin, gemuk dan berkeringat, menandakan seseorang mengidap stroke / koleps.


Ada cara mudah untuk mengetahui risiko penyakit yang mungkin akan diderita. Bukan melalui cek laboratorium atau menelusuri riwayat kesehatan, tapi sesederhana melihat jari-jari tangan, terutama jari telunjuk dan jari manis.

Mungkin metode ini terdengar tidak masuk akal, tapi beberapa penelitian makin banyak dilakukan untuk mendukung metode ini. Yang terbaru adalah studi yang dimuat dalam British Journal of Cancer yang menyimpulkan bahwa ukuran jari telunjuk yang lebih panjang dari jari tangan lainnya lebih rendah risikonya untuk terkena kanker prostat.

Teorinya begini, panjang jari-jari tangan ditentukan sejak janin di dalam kandungan dan dipengaruhi oleh paparan hormon estrogen dan testosteron. Hormon seks pria, testosteron, memengaruhi panjang jari manis dan hormon estrogen memengaruhi panjang jari telunjuk.

Sebelum mengetahui risiko penyakit lain, pertama amati jari tangan Anda untuk melihat panjang jari telunjuk dan jari manis.

1.Jika jari manis lebih panjang dari telunjuk:
Anda berisiko mengalami penyakit:
  • Osteoarthritis. Peneliti dari Universitas Nottingham menemukan orang yang jari manisnya lebih panjang dari jari telunjuk beresiko dua kali lipat menderita osteoarthirits di bagian lututnya. Tim peneliti menyimpulkan hal itu setelah mengukur jari-jari 2.000 orang
  • Anoreksia. Walau belum disimpulkan, tapi menurut John Manning, ahli biologi, ada bukti-bukti bahwa orang yang menderita anoreksia biasanya punya ukuran jari manis yang panjang.
  • Flu. Dalam penelitian yang dilakukan Manning terhadap 200 orang di Liverpool ditemukan orang yang jari manisnya panjang cenderung lebih mudah terkena flu. "Hormon testosteron berpengaruh pada sistem imun tubuh sehingga seseorang lebih mudah terpapar infeksi," katanya.
  • Autisme. Beberapa penelitian menunjukkan orang dalam kelompok jari manis panjang beresiko lebih tinggi menderita autisme atau ADHD.
  • Kabar baiknya, orang yang jari manisnya panjang cenderung tidak merokok. "Ini karena hormon testosteron berkaitan dengan tipe orang yang ekstrovert. Sementara itu kebiasaan merokok biasanya dilakukan orang yang introvert," kata Manning.
2.Jika jari telunjuk lebih panjang dari jari manis
Anda beresiko terkena penyakit:
  • Kanker payudara atau serviks: Wanita berusia 35-75 tahun yang menderita kanker payudara biasanya memiliki ukuran jari telunjuk lebih panjang. Para peneliti menduga hal itu terkait dengan paparan estrogen di dalam kandungan. Hormon itu diketahui terkait dengan perkembangan kanker payudara.
  • Penyakit jantung: "Makin panjang ukuran jari manis, makin rendah risiko Anda terkena serangan jantung di usia muda," kata Manning. Ia berpendapat hormon testosteron bermanfaat untuk melindungi jantung.
  • Bulimia. "Kaum wanita lebih sering menderita bulimia dibanding pria dan fakta bahwa ukuran jari telunjuk yang panjang terkait bulimia makin menunjukkan bahwa hal ini berhubungan dengan paparan estrogen dalam kandungan," katanya.
  • Asma dan alergi.
 
Diagnosa penyakit dari kuku jari tangan

Sebenarnya semua penyakit dapat dilihat dari luar tubuh manusia. Mata, wajah, lidah dan kuku dapat mencerminkan kesehatan seseorang karena apa yang ada di dalam tubuh kita tercermin ke luar tubuh.

Salah satu bagian tubuh yang dapat mencerminkan kesehatan seseorang adalah kuku jari kita. Kuku jari kita berbentuk seperti bulan sabit yang terbalik, dan dengan ini kondisi kesehatan akan terbaca. 
Ada beberapa fakta yang aneh (karena jarang dan mungkin belum pernah kita dengar) tentang kuku jari yang harus kita ketahui.
  

Berikut adalah 7 petunjuk penting yang dapat diungkapkan oleh tangan mengenai kesehatan anda
1.Kuku berubah warna
Kuku yang sehat seharusnya berwarna merah muda. Jika kuku Anda berubah warna menjadi kuning kehijauan, maka kemungkinan besar Anda terkena infeksi jamur. Selain itu, kuku yang berwarna kuning juga bisa menjadi pertanda penyakit paru-paru. Sementara itu kulit yang terlihat gelap bisa menjadi tanda-tanda psoriasis. Jika ada perubahan warna pada kuku Anda, ada baiknya segera hubungi dokter.
 
2.Kuku berbentuk sendok
Kuku yang sehat terlihat lebar pada bagian bawah dan mengerucut pada bagian atas. Jika kuku Anda terlihat sebaliknya, dan menyerupai sendok, ini merupakan tanda kekurangan zat besi atau anemia. Anda bisa mengatasinya dengan mengonsumsi suplemen zat besi atau banyak makan sayur yang berdaun. Jika kuku Anda terlihat sedikit menggembung seperti bola, maka ini lebih berbahaya lagi. Kuku yang seperti bola menunjukkan adanya penyakit dalam seperti kanker paru-paru atau penyakit jantung.
 
3.Benjolan pada jari
Benjolan pada jari yang dekat dengan kuku adalah tanda pertama untuk osteoarthritis. Benjolan ini muncul karena penyakit yang menyebabkan persendian merenggang dan memunculkan tulang baru.
 
4.Tangan bergetar
Tangan memang biasanya bergetar dalam skala tertentu, namun jika getaran tangan Anda bisa terlihat dan cenderung berlebihan, maka kemungkinan Anda memiliki gejala penyakit Parkinson, yang mempengaruhi sistem saraf. Namun, terkadang tangan yang gemetar juga bisa disebabkan oleh stres, ketakutan, kebanyakan minum alkohol atau kopi. Anda mungkin juga memiliki getaran tangan yang diturunkan oleh orang tua Anda. Jika tak yakin, segera periksakan pada dokter.
 
5.Kulit kering
Kulit yang sangat kering bisa menjadi tanda kelenjar tiroid yang kurang aktif dan menyebabkan kulit kehilangan kelembaban. Ini juga bisa berarti Anda terkena alergi dari sabun atau kosmetik. Tangan juga kehilangan kelembaban ketika wanita mengalami menopause, karena kebanyakan kulit menjadi kering ketika tingkat hormon estrogen wanita menurun.
 
6.Telapak tangan merah
Sejak dulu, dokter melihat tangan yang merah sebagai tanda kelainan lever. Tangan yang terlihat merah disebabkan oleh pembuluh darah yang melebar. Hal ini disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang karena kerusakan pada lever. Tanda merah sering terlihat pada tepi luar pergelangan tangan, pangkal ibu jari, sepanjang pergelangan tangan dan jari kelingking. Tanda-tanda lainnya adalah kuku yang berwarna putih dan kulit yang kuning.
 
7.Telapak tangan berkeringat
Telapak tangan sering menjadi panas dan berkeringat ketika Anda gugup atau cemas. Namun jika hal ini terus terjadi, maka kemungkinan ada ada yang bermasalah dengan kelenjar tiroid Anda. Tiroid yang terlalu aktif menyebabkan peningkatan metabolisme. Ini berarti Anda membakar terlalu banyak kalori dan berkeringat lebih banyak. 

 
Jika Ada tanda-tanda seperti diatas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian.jangan biarkan diri anda diselubungi keresahan nanti penyakit lain pulah yang datang. Walallahua'lam.



 

berbagai sumber

1 komentar: