Selasa, 11 April 2017

suara hati

Ya Allah,hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu banyak dosa.
Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan. Kiranya aku fikirkan aku sudah cukup bahagia. Tapi adakah aku tenang? Hari-hariku bukan lagi mentaddabur bacaan Al-Quran. Solatku kini bukan lagi khusyuk. Hatiku tidak lagi dijamu dengan roh usrah, Aku lalai di sini.


Tapi, kurasakan kini ibadahku seakan-akan tiada roh.
Tiada rasa hanya' kepada-Mu! Tiada rasa takut kepada-Mu!
Di manakah semangat itu menghilang?
Di manakah air mata yang sering mengiringi bacaan doa?
Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. berbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati ini!". Hati meronta-ronta, lepaskanlah aku! Lepaskan aku daripada perasaan ini. Diri seakan-akan terasa sangat jauh daripada-Mu.

Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Ku ulang-ulang. Ku panggil-panggil nama-Mu. Ku sebut-sebut nama-Mu. Kembalikanlah aku semula. jangan Kau palingkan aku setelah Kau beri hidayah petunjuk-Mu. Aku ini lemah Ya Allah. Kau peganglah hatiku, tautkanlah hatiku di jalan ini. Aku ingin tenang dalam mencari keredhaan-Mu di setiap perjalanan hidup ini.

YA Allah
sakitnya rasa rindu ini, tak sabar ingin bertemu denganMu kembali. Setelah rehatku yang melelahkan rasa rindu ini. Kini, kembali bertaut antara Kau dan aku yang kerdil ini.
Aku bersyukur Kau masih mencintai diriku, aku harap dengan penuh pengharapan Kau masih meredhai segala perbuatanku.
Aku malu dengan dosa- dosa dan maksiat yang telah berlalu, sedang berlalu dan akan berlalu.

Ya Allah AmpunI aku
Saat ini Kau masih beri kekuatan kepadaku walaupun aku pernah menzalimiMu, pernah rapuh pada janjiku sendiri, namun Kau tetap mengiringiku.betapa malunya aku untuk meminta minta padaMu,redhailah aku Ya Allah peliharalah kehormatanku, perbetulkanlah akhlaqku, tegurilah aku dalam kelancanganku berbicara. Terkadang aku tidak melihat aibku sendiri melainkan teguran dariMu ya Allah. Aku memerlukan Mu Ya Rahman Ya Rahiim.

Kau telah hadirkan rasa sayu dan hiba dalam qalbuku, terima kasih Ya Allah, aku masih disayangi, aku masih dijaga, aku masih dikasihi. Ya Allah aku perlukan cintaMu, saat ini dan seterusnya aku perlu kan cinta suci itu. Bimbinglah daku menuju redhaMu . Ku coba buang sedaya ku dari cinta dunia yang telah bertapak di hati, namun ia takkan Berjaya tanpa bantuan dan pertolonganMu.

ya Allah
Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Aku lalai Ya Allah! Terima kasih ya Allah karena menyadarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu. Ku panjatkan segala doa kepada-Mu.

"Zikir itu, penghias hati, tasbih menghias lidah. Beruntungnya hati bila masih menguasai, bermegahlah lidah, dengan ucapan sering memuji Allah SWT"

Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, kepada siapa hamba mahu mengadu, sekiranya bukan kepada-Mu? Kepada siapa lagi hendak hamba menagih simpati, jika tidak kepada-Mu? Kepada siapa untuk hamba pinta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku?

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya. Jangan sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau. Amin ya Rabb.

Bantulah aku Ya Allah, tiada persiapan untuk berehat di sana, tiada bekal yang cukup untuk istirahat yang panjang.

Jarum sentiasa berdetik, tanpa sedikitpun menghiraukan diriku. semakin hari detik itu semakin bertambah. Semakin hari dosa turut menyinggah. Lantaran dari kesesakkan dosa itu terkadang membuatkan mujahadahku musnah.

Ya Allah,kuatkanlah imanku yang semakin rapuh ini ,Aamiin


Tidak ada komentar:

Posting Komentar