Selasa, 26 Juni 2012

Hidayah


SEMBILAN STRATEGI SYAITAN MEMPERDAYAKAN MANUSIA

1) WAS-WAS
 Membisikan keraguan kepada manusia ketika mahu melakukan kebaikan dan amal salih
Contoh, ketika solat subuh. Kita selalu menangguh beberapa menit walaupun sudah jaga dari tidur. Hakikatnya, ia bukan beberapa menit tapi lebih dari itu sehingga kita solat terlambat atau tidak solat langsung. Kadang-kadang kita juga was-was dalam solat, sama ada kita sudah melaksanakan solat duduk tahiyat awal pada solat tiga atau empat rakaat.


2) TAZYIN
 Membungkuskan kemaksiatan dalam kenikmatan
Sesuatu yang maksiat itu dilihat indah. Contohnya,berkasih sayang diantara lelaki wanita  itu kelihatan lebih menyeronokkan daripada berkahwin. Kemesraan berdua-dua tanpa nikah kelihatan lebih nikmat daripada setelah diijabkabul walaupun berdua-duaan itu menjurus kepada maksiat, manakala nikah itu suatu ibadah.

3) TAMANNI
 Memperdayakan manusia dengan khayalan dan angan-angan
Ada di antara kita yang mempunyai niat sebelum tidur untuk bangun mendirikan solat tahajud dengan menetapkan alarm pada jam tiga pagi. Apabila alarm berbunyi, kita segera mematikannya dan meneruskan tidur hingga tidak dapat menunaikan hajat itu. Pernahkan kita ingin bertaubat? Namun pada saat maksiat ada di depan mata, sesetengah kita terus melakukannya dan ia berlaku berkali-kali.

4) A’DAWAH
 Berusaha menanamkan permusuhan
Anda tentu pernah terbaca dalam akhbar dimana hal-hal yang kecil pun boleh menimbulkan pertengkaran yang menyebabkan kehilangan nyawa. Lebih malang, ianya melibatkan permusuhan sesama suami-isteri, adik beradik (saudara) dan jiran tetangga. Ianya hanya bermula dari hal yang kecil dan syaitanlah yang menumbuhkan sikap permusuhan.

5) TAKHWIF
Menakut-nakutkan
Syaitan akan cuba menakut-nakutkan manusia dalam hal-hal kebaikan. Kita takut jatuh miskin jika mendermakan harta. Sesetengahnya, takut digelar alim jika selalu ke masjid dan majlis-majlis agama.

6) SHADDUN
 Berusaha menghalangi manusia daripada menjalankan perintah Allah dengan menggunakan berbagai cara
Rasa malas untuk solat dan mengatuk ketika membaca al-Quran adalah antara gejala shaddun dari syaitan

7) WA’DUN
 Membuat janji palsu
Syaitan membisikkan kepada manusia untuk menbuat janji palsu.Misalnya, seorang wanita sanggup menyerahkan kehormatannya kepada kekasih yang berjanji untuk menikahinya. Namun, apabila wanita itu hamil, kekasihnya lepas tangan dan menghilangkan diri.

8) KAIDUN
Helah dan tipu daya
Setengah dari kita mengguhkan sesuatu kerja dengan alasan masih banyak masa lagi. Namun apabila sampai di saat-saat akhir, kita mengerjakannya dengan tergesa-gesa sehingga hasilnya tidak memuaskan.

9) NISYAN
 Lupa
Lupa adalah sifat semulajadi manusia. Namun syaitan berusaha menjadikan manusia pelupa sebagai alasan untuk menutupi tanggungjawab. Anda tentu pernah lupa untuk menunaikan, lupa akan janji dan lupa sesuatu perkerjaan yang disuruh. Sesekali lupa adalah sesuatu yang normal namun kalau sering dilakukan bermakna kiat terjebak dengan strategi nisyan.


@aMuslimHouse.com- Sumber: Milenia Muslim

Tidak ada komentar:

Posting Komentar