Rabu, 01 Juli 2015

Peringatan

1. Apa gunanya wajah yang tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga fikir-fikirkanlah.

2. Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat yaitu : 
  1.  Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. 
  2.  Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. 
  3.  Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). 
  4.  Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. 
  5.  Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. 
  6.  Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

3. Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah.Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain. fikir-fikirkanlah

4. Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, Daripada banyak yang memudaratkan, Berkat di dunia oh indah nikmatnya, Berkat di akhirat balasannya syurga. fikir-fikirkanlah

5. Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih.- Ibnu Maqaffa. fikir-fikirkanlah

6. Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. fikir-fikirkanlah

LAZIMKANLAH DIRIMU DENGAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR DAN FIKIR
-Ibnu Muslim-

Tidak ada komentar:

Posting Komentar