Minggu, 17 Agustus 2014

Benarkah Wanita; 1 Akal, 9 Nafsu?

"Wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal, sedangkan pria diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Dengan 1 akal wanita dapat menahan 9 nafsunya, namun pria dengan 9 akal tidak dapat mengendalikan 1 hawa nafsunya." Rabi’ah Al ‘Adawiyah

Al Quran jelas tidak pernah mencantumkannya, Hadits juga belum Ashar temukan, dan dari berbagai sumber ada sebuah Kisah yang memang menggunakan ungkapan tersebut. Jadi bisa dikatakan bahwa itu adalah untaian kata dari seorang pujangga dan bukan dasar yang mendasari Islam sebenarnya yang tidak lain dan tidak bukan berasal dari Al Quran dan As-sunnah. Dialah sufi wanita yang bernama Rabi'ah Al 'Adawiyah.

Cuplikan Kisah Rabi'ah Al 'Adawiyah dan Hasan Al-Basri
 Kata-kata sakti ini dinukilkan daripada dialog yang berlaku di antara Imam al-Hasan al-Basri dengan tokoh Sufi yang masyhur, Rabiatul Adawiyah rahimahumalLah.yaitu semasa al-Hasan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, Imam Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah Adawiyah untuk meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Niat murni mereka disambut baik oleh Rabiah. Rabiah akan menjawab sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pinangan itu jika soalannya dijawab. Lalu Rabiah bertanya kepada mereka,
 ”Berapakah nafsu bagi lelaki dan berapakah nafsu bagi wanita?”. 
Lantas Imam Hasan Al-Basri menjawab, ”Lelaki mempunyai satu nafsu dan wanita mempunyai 9 nafsu”. Rabiah tersenyum lalu berkata, “Jika benar apa yang kamu katakan sebentar tadi, kenapa kamu tidak boleh menahan nafsumu meskipun kamu mempunyai satu nafsu sahaja dan kenapa aku boleh menahan nafsuku meskipun aku mempunyai 9 nafsu?”. Mendengar kata-kata daripada Rabiah itu, mereka pun tunduk malu dan sedih lalu meminta diri untuk pulang dalam keadaan yang kecewa dan janggutnya basah terkena air matanya yang mengalir keluar. 

Demikianlah kisah yang didakwa telah berlaku di antara dua tokoh besar dalam Islam. Kisah ini telah dinukilkan oleh Usman al-Khaubawi, dalam kitabnya “Durrah an-Nasihin” , 
Cerita ini tidak benar sama sekali untuk dinisbahkan kepada al-Hasan al-Basri (apalagi kepada Rasulullah saw) karena ia diambil dari sumber yang tidak sahih. Hujahnya mudah sahaja, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia pada 110H
: 8341].
Ini bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10 tahun, bagaimana pula boleh berlaku dialog sedemikian di antara mereka berdua? tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H (Lihat: Az-Zahabi, Siyar A’lam an-Nubala)

Ungkapan diatas diambil daripada hadis Rasulullah S.A.W. Namun, sejauh mana sesahihan hadis tersebut dan apakah taraf hadis berkenaan? Untuk pengetahuan para pembaca, berdasarkan berbagai sumber, memang tiada satu pun nas yang menceritakan mengenai ungkapan ini. Kemungkinan besar ada nas yang menceritakan bahwa lelaki mempunyai lebih banyak akal berbanding wanita tetapi tidaklah menyebut jumlah akal seperti mana ungkapan di atas. Namun ada satu kisah pendek yang sangat menarik untuk dijadikan renungan bersama.


Sekilas riwayat  mengenai Imam Hasan Al-Basri dan anak muridnya Rabiah Adawiyah dua orang tokoh Islam yang hebat pada zaman dahulu hingga kini masih lagi diingati. Ini sekadar untuk menambah ilmu bagi yang tidak tahu. 

Rabiah Adawiyah adalah seorang ahli sufi yang terkenal pada zamannya,Beliau di lahirkan dikota Basrah tahun 95 hijriyah dan putri ke 4 dari seorang lelaki bernama Ismail Adawiyah. Berasal dari keluarga yang miskin namun kaya dalam aspek kerohanian. 

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai beromba-lomba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan Al-Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehingga berhasil menghafal kandungan al-Quran.

Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Nama penuh Hassan Al-Basri adalah Al-Hassan bin Abil-Hassan Al-Yassar. Ayahnya merupakan orang tahanan dan dibawa ke Madinah. Di situ, bapanya berkahwin dengan ibunya al-Khayrah. Hassan Al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab pada tahun 21 Hijrah.Pernah disusukan oleh Ummu Salmah isteri Rasulullah S.A.W. ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. Hassan Al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasul S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai ulama’ terkemuka dalam peradaban Islam. Hassan Al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Imam Hassan al-Basri merupakan contoh ikutan dalam merubah kemungkaran dengan hikmah dan nasihat yang baik. Beliau lebih mengutamakan kaedah mengubah kemungkaran dengan kerugian yang paling minima, karena menolak kemudaratan lebih diutamakan berbanding dengan memperolehi maslahat

Berdasarkan kisah tadi, jelaslah bahwa wanita mempunyai nafsu lebih banyak daripada lelaki tetapi ini bukan untuk merendah-rendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka sendiri. 

Baiklah sekarang mari kita guna akal yang dikurniakan Allah kepada kita untuk berfikir sedikit mengenai ungkapan di atas. Akal berfungsi untuk memberi pertimbangan terhadap sesuatu, pendapat atau memilih sesuatu. Jika betullah lelaki mempunyai banyak akal berbanding wanita, memang tidak mustahil kerana Allah banyak memberikan tugas kepada kaum Adam di atas kelebihan yang Dia berikan. Lelaki lebih banyak menggunakan akal daripada perasaan dan emosi manakala wanita sebaliknya. Ini semua fitrah yang telah dijadikan Allah kepada kaum Adam dan Hawa. Mana tidaknya, wanita diberi tugas biologi yang sangat berbeza berbanding lelaki. Wanita diberi tugas mengandung, menyusui, menjaga anak dan tugas-tugas lain. Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih sayang, sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi anaknya, si ibulah yang menenangkan keadaan dan memberikan belaian kasih sayang kepada si anak. 

Kekurangan akal pada kaum hawa bukan satu penghinaan malah ia satu kelebihan yang patut dibanggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya. 
Sama juga kalau kita lihat bahwa wanita ‘kurang’ dari segi agamanya. Wanita tidak perlu solat dan puasa apabila haid dan nifas. Tidak wajib solat Jumaat, tidak wajib jemaah di surau atau masjid dan tidak wajib untuk ke medan jihad. Kekurangan yang Allah beri ini bukanlah bermaksud wanita kurang pahala berbanding lelaki. Tidak. Masing-masing mendapat ganjaran pahala yang sesuai dengan tugasnya. 

Ada sebuah hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa’eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari ‘Iid Al-Adha atau Al-Fitri ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata:  
Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahwa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: “Mengapa wahai Rasul Allah,” Nabi saw berkata: “Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu.” 

 Maka para wanita itu bertanya: “Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?” Nabi saw bersabda: “Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?” Maka para wanita itu menjawab: “Ya” Lalu Nabi saw menyambung lagi: “Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?” “Para wanita menjawab: “Ya.” Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya.” [Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]

Jadi kesimpulan yang dapat di ambil dari ungkapan mempunyai 9 akal 1 nafsu, wanita mempunyai 1 akal 9 nafsu dan ungkapan lelaki 9 akal, wanita 1 akal, binatang 0 akal, merupakan ungkapan yang sengaja dibuat bertujuan untuk meninggikan martabat kaum Adam  di samping merendahkan martabat kaum hawa. Siapalah kita untuk berdiri mulia di sisi Allah dengan amalan yang tidak seberapa. Kita hanya manusia yang dijadikan daripada air yang hina dan daripada tanah yang selalu kita pijaknya setiap masa. Janganlah kita menghina sesuatu kaum itu kerana kemungkinan mereka lebih baik daripada kita. Bukan untuk memuji kaum hawa dan bukan untuk mengeji kaum Adam. Hanya sekadar peringatan sahaja. kelebihan yang Allah beri kepada lelaki dan wanita mungkin berbeza tetapi hakikatnya sama sahaja. Allah itu maha Adil. Kelebihan yang Dia beri sebenarnya sama. Cuma kita saja yang alpa walaupun sudah bertahun-tahun hidup leka menikmati nikmat-Nya. Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
Sekian. Wallahu-A’lam

berbagai sumber





3 komentar:

  1. Perempuan itu 1 Akal 9 Hati, bukan nafsu.
    http://kupretist.blogspot.co.id/2017/05/novel-1-akal-9-hati.html

    BalasHapus