Malu
adalah salah satu sifat yang seharusnya ada dalam diri kita
terutamanya seorang wanita muslim. Ia penting sebagai benteng untuk
menjaga iman kita dari terhakis oleh perkara yang mungkin boleh
menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan perbuatan lain yang tidak
elok.Jika malu itu 50% daripada Iman, mana 50% lagi. Yang selebihnya
ialah Takwa. Malu dan Takwa adalah gandingan sifat yang menjadikan
seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut
kepada Allah tetapi lebih daripada itu ‘buat apa yang disuruh dan
tinggalkan apa yang dilarang’
Kita sebagai wanita muslim sepatutnya malu dengan Allah SWT jika ingkar akan suruhanNya, malu dengan Rasulullah SAW jika meninggalkan sunahNya, malu kerana lupa atau malas membaca Al-Quran, malu kerana tidak menghormati guru serta ibu bapa, malu kerana melakukan maksiat, dan yang penting malu dengan dosa-dosa kita.
Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. Kisah antara Rasulullah SAW dan puteri baginda Fatimah.
Kita sebagai wanita muslim sepatutnya malu dengan Allah SWT jika ingkar akan suruhanNya, malu dengan Rasulullah SAW jika meninggalkan sunahNya, malu kerana lupa atau malas membaca Al-Quran, malu kerana tidak menghormati guru serta ibu bapa, malu kerana melakukan maksiat, dan yang penting malu dengan dosa-dosa kita.
Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. Kisah antara Rasulullah SAW dan puteri baginda Fatimah.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawa pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Wahai wanita jika petang datang menjelang
Segeralah kita kembali tuk pulang
Jangan biarkan jiwa kita dihinggapi tatapan jalang
Dan kehormatan kita sebagai wanita tidak hilang
Wahai wanita jadilah diri kita seperti pohon semalu
Sematkanlah dalam jiwa kita sebuah perasaan malu
Gemuruhkan dalam dada kita iman hingga bertalu-talu
Agar diakhirat kelak kita tak meratap dengan pilu
Wahai wanita segeralah kita mempertahankan diri Setiap saat selamanya kita bisa menjaga diri Sebagai upaya agar kita tak kehilangan jati diri Dan akhirnya dimata dunia kita punya harga diri
Wahai wanita segeralah kita mempertahankan diri Setiap saat selamanya kita bisa menjaga diri Sebagai upaya agar kita tak kehilangan jati diri Dan akhirnya dimata dunia kita punya harga diri
Di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu
ada satu perbedaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri
sesungguhnya
setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada
panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan
hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya
beriman kepada-Nya...amin.
Apa perbedaan tu?
- Mawar
sebuah pohon bunga indah keindahannya menarik mata manusia juga makhluk lain yang dicipta-Nya begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya mawar punyai batang berduri sungguh sukar untuk menyentuhnya tetapi keindahannya lebih menarik hati maka berlumbalah orang memetik dirinya namun benda yang indah sudah pasti akan mengusik hati sendiri bahawa aku ini indah maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi
- Pohon semalu
sebuah pohon yang adanya batang dan daun tiada pun keindahan padanya menarik perhatian berada di celahan lalang dan daunan begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan namun perasankah kita apabila menyentuhnya dia akan terus menyembunyikan dirinya begitu tinggi nilainya hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya namun perasankah kita.. pohon semalu ada keindahanya kerana dia juga ada bunganya namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya.
Dunia kini sudah berbeda wanita yang indah semakin ramai wanita sebegini memang mahal dirinya sukar untuk didekati andai tiada cara apabila cara mengena diri maka tunduklah wanita itulah ia mawar berduri walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya
tetapi
wanita solehah adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui
wanita solehah akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah
wanita solehah apabila sudah memiliki suaminya maka setialah ia kepada suaminya disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya
itulah pohon semalu hanya kelihatan daun dan batang berduri tiada satu pun indah untuk melihatnya namun apabila tiba masanya ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan.
Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
Jadi, mulai hari ini wanita-wanita solehah sekalian, jadilah kita
seperti pohon semalu yang akan malu pada tempatnya, yang sentiasa
mempertahankan maruah dan harga diri, dan yang pandai menjaga diri. Malu
Sebahagian daripada Iman.
bagus blognya, kenapa gak dipasang kode iklan google adsense aja ? lumayan kan dapet uang hehe
BalasHapusaq g tau cra msukkan
Hapus